Buat pertanyaan atau tempahan janji temu dengan mudah melalui telefon atau WhatsApp.
Pilih slot waktu yang sesuai mengikut keselesaan anda.
Pasukan kami akan mengesahkan butiran janji temu anda dengan cepat.
Hadir ke cawangan terpilih pada masa yang dijadualkan.
Dapatkan penjagaan perubatan selamat, profesional dan mesra pesakit.
Pasukan pakar kami menyediakan rawatan profesional dengan pengalaman bertahun-tahun dalam pelbagai bidang perubatan.
Dilengkapi dengan peralatan terkini termasuk ultrasound, nebulizer dan prosedur minor untuk keselesaan pesakit.
Fokus pada ketelusan, penerangan jelas dan rawatan bersesuaian untuk setiap pesakit.
Empat cawangan strategik dengan perkhidmatan berkualiti tinggi yang boleh diakses oleh komuniti Kulim.
Kami menjawab soalan-soalan biasa tentang perkhidmatan perubatan dan penjagaan kesihatan yang disediakan di Klinik Aafiyah.
Klinik Aafiyah menawarkan rawatan am, kanak-kanak dan dewasa, pemantauan penyakit kronik, ENT, cuci luka, imunisasi, pemeriksaan kesihatan, pembedahan minor, sunat, dan ultrasound canggih.
Ya, kami menawarkan penjagaan ibu mengandung lengkap, buka Buku Pink, perancangan keluarga dan pemantauan kesihatan ibu dan bayi.
Ya, kami menyediakan vaksin Umrah/Haji, tifoid, influenza serta suntikan lutut dan penurunan berat badan di semua cawangan.
Anda boleh menempah janji temu melalui telefon, WhatsApp atau sistem tempahan online untuk mendapatkan rawatan yang cepat dan efisien.
Ya, kami menyediakan ultrasound lengkap seperti 2D, NT, Detail, 5D, TVS, KUB, thyroid, payudara, abdomen, dan HBS dengan pemantauan doktor berpengalaman.
Jangan biarkan masalah kesihatan berlarutan. Klinik Aafiyah dibuka setiap hari sehingga jam 11.00 malam di semua 4 cawangan kami. Walk-in dialu-alukan, atau tempah slot awal untuk keselesaan anda.
Pilih cawangan terdekat anda.